Pages
INDAHNYA KOTA MARUDU DIMATAKU : TOMPINAI
SUKAN OLAHRAGA: FAKTOR KEJAYAAN SMK KOTA MARUDU.
Sunday, February 22, 2009
Dalam mencapai sesuatu kejayaan, banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Adakalanya kisah lalu atau sejarah lampau menjadi rujukan. Sejarah lampau merupakan satu perkara yang tidak boleh dianggap remeh. Dari sejarah inilah kita dapat membuat penilaian dan seterusnya mengetahui apa yang perlu kita perbaiki atau ubah ataupun yang patut kita lakukan.
Kejayaan SMK Kota Marudu dalam mengekalkan kejuaraan telah dibantu oleh beberapa faktor.
- Kerjasama yang jitu dikalangan para jurulatih. Para jurulatih telah bergabung idea dalam merangka program latihan sepanjang tahun.
- Pembahagian tugas juga dibuat. Pembahagian ini lebih kepada pengkhususan. Dimana jurulatih tidak terlibat dalam pengurusan atlit. Pengurusan atlit terletak dalam bidang tugas pengurus mengikut kategori. Segala urusan dokumen, pendaftaran peserta dan penyediaan peserta adalah tanggungjawab pengurus dokumen. Selain itu, sekiranya atlit sakit yang menghantarnya adalah pengurus dibantu oleh fisioterapi dan juga pemandu.
- Setiap acara juga telah diletak jurulatih masing-masing. Jadi jurulatih tidak terlari2. Peletakan jurulatih ini juga dibuat berdasarkan kepakaran mereka.
- Pengurusan keseluruhan pula terletak ditangan pengurus pasukan,dibantu oleh timbalan pengurus pasukan. Merekalah yang menjadi saluran kepada pihak pentadbir. Segala keperluan atlit, pengurus pasukan yang bertanggungjawab.
- Selain itu buat pertama kalinya, pembantu jurulatih diwujudkan. Pembantu jurulatih ini akan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh jurulatih apabila jurulatih mempunyai komitmen lain seperti masuk kelas. Para pembantu jurulatih ini terdiri daripada atlit senior atau pelajar tingkatan 6
- Sokongan pentadbir, kalau sekiranya pentadbir tidak memberi sokongan pasti agak sukar untuk menghasilkan sesuatu kejayaan tetapi kalau adanya sokongan itu, makan kejayaan itu pasti tercapai.
- Yang terakhir sekali, Perancangan yang berkesan seperti program pencarian bakat dan program latihan sepanjang tahun.
Inilah faktor-faktor yang pada pandangan saya telah menjadi kunci utama kepada kejayaan kami pada tahun ini.
Read more...Kenangan Zaman Sekolah.
Saturday, February 21, 2009
Pada masa yang sama saya terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak bawah 15 tahun ke KL. Jadi tumpuan saya berubah sekejap..konon nak jadi pemain bola terhebatlah..masa tu..zaman matlan marjan top.. bila kami latihan bola selalu kacau sebab konon nak tunjuk dengan mereka. Masa tu jurulatih bolasepak Sabah orang putih..Kalau time makan, selalu sembang dengan jackrison kilan...( Nanti cerita pasal bola )
Semasa saya di tingkatan 3 ( tahun berikutnya ) sekali lagi saya menyertai acara 100m dan kali ini menang bergaya...fuh..hebat juga larian tu sampai jadi juara...masa itu pinjam spike kawan.. perjalanan mudah untuk ke peringkat Negeri. Semasa kejohanan Peringkat Negeri di Likas, Saya mewakili Pantai Barat Selatan. Macam gagah saja tetapi kena berdepan dengan seorang atlit dari sandakan yang juga merupakan juara pecut kelas 2, yang juga merupakan kawan sepelatihan pada awalnya sebelum pindah balik ke sandakan. Dalam hati, setakat ni je lah...mana nak lawan dengan juara negeri.
Semasa acara 100m bermula, saya tekad mesti menang walaupun saya tahu lawan saya kebanyakan mempunyai jurulatih khas. saya cuma berlatih sendiri saja dan sekali-sekala minta tunjuk ajar dari kawan-kawan senior. Keputusannya, saya berjaya menjuarai acara tersebut. Saya seperti tidak percaya..macam dalam mimpi je..selepas pengumuman rasmi barulah percaya. kejayaan saya ini merupakan satu kejayaan budak kampung kerana saya amat daif dari segi asas latihan olahraga. Kemunculan saya sebagai juara baru juga membuka peluang untuk berlatih dengan Sulaiman Arman. Beliaulah yang berikan asas latihan pecut. Saya bersama dengan beliau hampir setahun sebelum saya menyertai satu program khas kementerian sukan dan kebudayaan negeri.
Semasa di kejohanan peringkat kebangsaan saya menduduki tempat ke-4 dalam acara akhir 100m. Kedudukan yang saya rasa sangat bererti kerana saya sebenar kosong dalam ilmu pecut. Kalau sekiranya saya mendapat latihan awal pasti saya akan menjuarai acara tersebut.... saya berlari menggunakan kekuatan semulajadi sebagai budak kampung.
Kejuaraan ke-4: Program Peningkatan Sukan Olahraga
Segala asam garam ini telah berjaya mendewasakan kami. Kami sedar kalau kami tidak peka pada perkara yang kecil sampai bila pun kami tidak akan berjaya. Akhirnya kami telah sepakat untuk membuat satu program khas peningkatan olahraga. Program ini diketuai oleh En.Jeson Majimal. Kami kumpulan jurulatih diberi tugasan merangka program pencarian bakat dan juga latihan khas untuk atlit kami. Selain itu, En. Jeson telah memanggil beberapa individu yang merupakan antara bekas atlit kebangsaan dan juga jurulatih kebangsaan. Antaranya En. Sulaiman Arman, yang juga merupakan bekas jurulatih saya.
Input-input yang beliau beri telah kami aplikasikan dalam latihan kami. Kami dapat melihat berbezaan atlit kami dengan atlit dari sekolah lain. Pendekatan yang kami gunakan ketika melatih mereka berbeza mengikut tahap kejohanan yang atlit kami sertai. Kejayaan kami ini banyak dipengaruhi oleh penerapaan pengurusaan dan latihan yang bersistem. Setiap tahun kami sentiasa melahirkan bintang baru dalam sukan olahraga. Adalah diharap bintang baru ini akan terus berjaya di peringkat tinggi bukti kepada keberkesanan program sukan Mss Smk Kota Marudu.
14 Februari : Apa Sebenarnya?
Sunday, February 15, 2009
Gambar ini dirakam di Taman Jagung Pekan Kota Marudu. Walaupun Pekan Kota Marudu kecil tetapi ia advance dalam beberapa perkara. Melihat kepada gambar ini, pemahaman mereka kepada makna Valentine agak kabur. Tompinai tidaklah mahu banyak berkata-kata cuma lihatlah dan renungilah gelagat remaja zaman sains dan teknologi ini..
Read more...PERTAHANKAN KETUANAN DI BUMI SENDIRI
Sunday, February 1, 2009
Melihat kepada senario sekarang ini, tompinai merasakan yang kita secara tidak langsung telah dimanjakan. Kita menjadi pengemis di bumi kita sendiri. Apa tidaknya hampir semuanya ada saja berkataan subsidi digunakan. Bermacam-macam subsidi ditawarkan, yang kononnya untuk membantu meringankan beban kita tetapi sedarkah kita tentang kesannya. Kita akan terikat,tidak dapat bersuara dan hanya mengikut sahaja. Pihak kerajaan sebenarnya pernah berura-ura untuk memansuh beberapa jenis subsidi tetapi telah dibantah. Keputusan ini telah menimbulkan bermacam-macam persoalan dikalangan rakyat hinggakan ada yang mengatakan kerajaan menjadi lupa kepada rakyatnya. Tindakan kerajaan telah menyebabkannya dikecam. Kenapa kita tidak lihat dari sudut positifnya. Tujuan murni kerajaan amat jelas, dimana kerajaan mahu menyedarkan rakyat supaya tidak terlalu bergantung dengan kerajaan. Kerajaan sebenar ingin membuka satu persaingan yang sihat dikalangan rakyatnya. Ketidak beranian kita untuk menerima perubahan dalam sistem menyebabkan kita terbelakang atau ketinggalan. Kita, penduduk tempatan hampir terpinggir dalam semua aspek. Kenapa kita tidak menjadi seperti mereka yang lain, yang mampu bersaing dalam semua perkara biarpun tidak menerima banyak jenis subsidi. Kita harus bangkit dan belajar menerima setiap perubahan. kita harus berani bersuara dalam memastikan kita mampu bersaing dalam semua aspek. Tompinai percaya yang kita tidak kekurangan dari segi kebijaksanaan. Sejarah telah membuktikan, ada dikalangan kita yang telah berjaya mengharungi dunia kepayahan itu. Walaupun terpaksa berkerja keras tetapi usaha mereka berbaloi. Kita harus keluar dari belenggu kemanjaan ini. Kita mesti bersedia menghadapi dunia persaingan tanpa terlalu mengharapkan bantuan atau subsidi. Biarlah hanya mereka yang masih memerlukannya dibantu. tetapi selepas itu mesti ada kesedaran untuk berubah. Di bumi tercinta ini, Daerah Kota Marudu, mesti ada berubahan dalan semua aspek. Kita mesti menjadikan Daerah ini milik secara total oleh penduduk daerah ini. Tompinai mahu melihat seorang warga daerah Kota Marudu menjadi pengemudi halatuju daerah ini. Jangan lagi kita sewenangnya membiarkan daerah ini berada ditangan orang lain. Jangan lagi hanya menjadi boneka. Satukan suara, gabungkan tekad dan semarakkan kekuatan dalam perubahan ini. Kepada warga Kota Marudu yang telah menjadi bijakpandai, baliklah dan jenguklah, lihatlah dan rasailah keperitan dan kepayahan yang dialami. Beri sokongan dalam menentukan perubahan itu. Tunjukkan diri agar warga kota marudu dapat melihat bakal-bakal peneraju kota marudu dimasa akan datang.
Read more...