PERTAHANKAN KETUANAN DI BUMI SENDIRI
Sunday, February 1, 2009
Melihat kepada senario sekarang ini, tompinai merasakan yang kita secara tidak langsung telah dimanjakan. Kita menjadi pengemis di bumi kita sendiri. Apa tidaknya hampir semuanya ada saja berkataan subsidi digunakan. Bermacam-macam subsidi ditawarkan, yang kononnya untuk membantu meringankan beban kita tetapi sedarkah kita tentang kesannya. Kita akan terikat,tidak dapat bersuara dan hanya mengikut sahaja. Pihak kerajaan sebenarnya pernah berura-ura untuk memansuh beberapa jenis subsidi tetapi telah dibantah. Keputusan ini telah menimbulkan bermacam-macam persoalan dikalangan rakyat hinggakan ada yang mengatakan kerajaan menjadi lupa kepada rakyatnya. Tindakan kerajaan telah menyebabkannya dikecam. Kenapa kita tidak lihat dari sudut positifnya. Tujuan murni kerajaan amat jelas, dimana kerajaan mahu menyedarkan rakyat supaya tidak terlalu bergantung dengan kerajaan. Kerajaan sebenar ingin membuka satu persaingan yang sihat dikalangan rakyatnya. Ketidak beranian kita untuk menerima perubahan dalam sistem menyebabkan kita terbelakang atau ketinggalan. Kita, penduduk tempatan hampir terpinggir dalam semua aspek. Kenapa kita tidak menjadi seperti mereka yang lain, yang mampu bersaing dalam semua perkara biarpun tidak menerima banyak jenis subsidi. Kita harus bangkit dan belajar menerima setiap perubahan. kita harus berani bersuara dalam memastikan kita mampu bersaing dalam semua aspek. Tompinai percaya yang kita tidak kekurangan dari segi kebijaksanaan. Sejarah telah membuktikan, ada dikalangan kita yang telah berjaya mengharungi dunia kepayahan itu. Walaupun terpaksa berkerja keras tetapi usaha mereka berbaloi. Kita harus keluar dari belenggu kemanjaan ini. Kita mesti bersedia menghadapi dunia persaingan tanpa terlalu mengharapkan bantuan atau subsidi. Biarlah hanya mereka yang masih memerlukannya dibantu. tetapi selepas itu mesti ada kesedaran untuk berubah. Di bumi tercinta ini, Daerah Kota Marudu, mesti ada berubahan dalan semua aspek. Kita mesti menjadikan Daerah ini milik secara total oleh penduduk daerah ini. Tompinai mahu melihat seorang warga daerah Kota Marudu menjadi pengemudi halatuju daerah ini. Jangan lagi kita sewenangnya membiarkan daerah ini berada ditangan orang lain. Jangan lagi hanya menjadi boneka. Satukan suara, gabungkan tekad dan semarakkan kekuatan dalam perubahan ini. Kepada warga Kota Marudu yang telah menjadi bijakpandai, baliklah dan jenguklah, lihatlah dan rasailah keperitan dan kepayahan yang dialami. Beri sokongan dalam menentukan perubahan itu. Tunjukkan diri agar warga kota marudu dapat melihat bakal-bakal peneraju kota marudu dimasa akan datang.
3 comments:
Butul tu cigu...kita inda mo jadi "Welfare State" - walau bagaimanapun dlm beberapa aspek khususnya dlm context agrieconomics development (Kmarudu punya case) kita masih memerlukan subsidy sbb secara socioeconomic & geopolitical kita masih being far left behind & allocation yg dijanjikan oleh kerajaan pun lambat sampai..apa lagi ketika ini kita sedang menghadapi economic crisis - yg kaya inda lah perlu subsisdi..yg urang kita sana pisuk2?
Kita harus menerapkan dalam minda penduduk kita agar lebih berkeyakinan - bahawa usaha itu adalah tangga kejayaan.
Infra struktur harus ditingkatkan dan dikawal-selia setiap masa. Sayangilah negara kita.
memansuhkan subsidi baik untuk menganjakkan daya saing. Namun perlu diteliti, contohnya untuk Kota Marudu, pemansuhan haruslah disertai dengan pembangunan fasiliti yang boleh disejajarkan dengan 'membangunkan' masyarakat tanpa kebergantungan sepenuhnya kepada bantuan.
Pemansuhan bantuan subsidi dan pada masa yg sama tidak ada ruang prasarana/idea yang melonjak sosio ekonomi masyarakat desa pasti akan 'memuramkan' cita-cita masa depan orang kampung.
Sehingga semua sokongan itu telah tersedia untuk dimanafaatkan, barulah langkah pemansuhan subsidi secara berperingkat boleh dilakukan..
Saya setuju orang kita tidak boleh bergantung sepanjang masa kepada subsidi... banyak implikasinya
Post a Comment