BERAKHIR DENGAN KEJAYAAN
Monday, December 15, 2008
Pengalaman saya sepanjang 14 tahun mengajar banyak tetapi ada satu yang sukar saya lupa. Sekitar tahun 1998, saya mengajar matapelajaran bahasa melayu tingkatan 2. Salah satu kelas tingkatan dua yang saya ajar ini, merupakan kelas yang agak lemah. Kelas tersebut mempunyai 45 orang pelajar. Salah seorang pelajar dalam kelas tersebut bolehlah di kategorikan sangat lemah,hinggakan menulis nama sendiri pun payah. Saya terpaksa melakukan banyak kerja semata-mata untuk membantu pelajar ini. Semasa mesyuarat guru pun saya cuba ajukan masalahnya tetapi tidak ada penyelesaiannya.
Akhirnya saya mencuba pendekatan dengan mengajarnya sama seperti pelajar yang baru mengenal huruf. Setiap kali masuk kelas tersebut, pelajar ini terpaksa belajar suku kata dan bermacam-macam lagi. Memang saya merasa sangat tertekan dan hampir putus asa tetapi saya teruskan saja. Ada juga dikalangan kawan-kawan yang menyatakan itu bukan tugas saya lagi. Sepatutnya ia sudah diajar di sekolah rendah lagi katanya. Tapi saya jalankan juga aktiviti yang saya buat untuk pelajar tersebut.
Dalam tempoh saya mengajar dan membantu pelajar ini,saya tidak meletakan harapan yang tinggi untuk pelajar ini menerima semua apa yang saya ajar. semasa peperiksaan hujung tahun, hanya sedikit peningkatanya tapi masih gagal.
Selepas pelajar tersebut naik ke tingkatan 3, saya terputus hubungan dan tidak tahu apa yang berlaku lagi. Sekitar tahun 2003, saya menghadir jamuan perpisahan asrama, sedang saya asyik memerhati persembahan mereka, tiba-tiba perhatian saya tertumpu kepada seorang pelajar. Saya seperti tidak percaya yang pelajar yang berdiri depan saya merupakan pelajar yang pernah saya bantu. Dia sudah berjaya ke tingkatan enam. Pelajar tersenyum bila melihat saya. Semasa saya beredar pulang,pelajar itu datang berjumpa dengan saya. Terima kasih cikgu, kalau cikgu tidak bantu saya dulu,mungkin setakat pmr saja. Tapi cikgu telah buat saya sedar akan kelemahan saya katanya.
Saya tidak percaya tapi saya tahu dalam diri setiap orang ada kelebihannya.
0 comments:
Post a Comment