nuffnang

Pages

PMR: berjaya atau tidak

Wednesday, December 31, 2008

Hari ini keputusan PMR keluar. Ramai pelajar lepasan tingkatan 3 yang tidak sabar untuk mengetahui keputusan. Apa pun yang mereka perolehi menjadi penentu kepada masa depan mereka. Saya percaya ramai pelajar telah membuat perancangannya. Ada yang ingin meneruskannya di sekolah asal dan ada juga yang ingin ke sekolah teknik. Tidak kurang juga yang ingin ke MRSM.
Saya percaya juga yang para pelajar ini faham, apa pun keputusan yang mereka perolehi,itulah yang mereka usahakan selama ini. Semakin tekun mereka berusaha semakin baik keputusan yang mereka perolehi. Segala-segala terletak di tangan mereka. Kami guru-guru hanya mampu untuk mendorong,menasihati dan menunjukkan jalan tetapi keputusannya di tangan pelajar semua.
Pasti ramai yang akan menitiskan air mata,sama ada air mata gembira atau sedih, tidak pasti. Ada juga yang sudah berkira-kira untuk menuntut janji ibu bapa kalau sekiranya berjaya.
Ibu bapa atau penjaga turut sama datang untuk mengambil keputusan anak mereka. Pastinya harapan ibu bapa ini sangat tinggi.
Kepada ibu bapa, jangan terlalu emosi apabila melihat keputusan anak-anak. Jangan sampai anak-anak ini merasa seperti tidak berguna atau tidak pandai. Kesalahan itu biarlah dikongsi bersama. Cuba tanya diri sendiri, selama ini, adakah ibu bapa memberi perhatian kepada pelajarannya, adakah ibu bapa memberi tumpuan yang sama?. Tanya diri. Mungkin kita ibu bapa terlalu sibuk dengan mencari wang, semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga tetapi itu bukan alasan. Terimalah semua itu dengan hati terbuka. Jangan menyalahkan sesiapa.
Kami, guru-guru hanya melihat. Kami gembira kalau sekiranya anak didik kami mendapat keputusan yang baik dan kami sedih kalau anak didik kami tidak berjaya. Kami akan berbincang, mencari dan bertanya apa masalahnya sehingga ada yang gagal. Itulah persoalan yang sentiasa menghantui kami. Kami tidak meminta apa-apa sebagai balasan untuk apa yang kami usahakan.Kami hanya minta supaya kami tidak di persalahkan dalam setiap kegagalan anak didik kami. kami sendiri tidak mahu ada yang gagal. Sekuat mana usaha kami kalau sekiranya tidak ada sokongan ibu bapa dan juga dari pelajar sendiri, ia tidak akan berjaya.
Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha kepada yang gagal, peluang masih ada untuk kamu berjaya.

Read more...

MY BELOVED FAMILY

Friday, December 26, 2008


Gambar saya bersama isteri tersayang dan anak-anak yang bijak.

Read more...

MEMORY



Gambar Eric Sham, anak buah yang handsome. Keep it's up man.....

Read more...

My Mother



gambar ibu saya. baru sembuh tapi belum sihat sepenuhnya.

Read more...

KELUARGA ABANG SULUNG


Perayaan krismas tahun 2008 merupakan saat yang paling indah kerana pada tahun ini mereka dapat berkumpul bersama. Sebelum ini, mereka susah untuk bersama sebab kesibukan dengan pekerjaan dan juga pembelajaran. Gambar ini di ambil semasa perayaan hari kedua krismas di kampung.

Read more...

ATUK DAN CUCUNYA.

Thursday, December 25, 2008

Gambar ini menunjukkan betapa gembiranya si anak kecil dapat berjumpa dengan atuknya. Banyak perkara baru yang dia pelajari, terutama sekali kecekalan atuknya berkerja. Atuknya berkerja sepanjang hari bagi memastikan perniagaannya berjalan lancar. Katanya " biar saya mulakan, letakkan asasnya nanti kemudian kamu semua yang akan menjadikan lebih besar dan berjaya lagi". Walau pun pendapatan tidak menentu tetapi beliau tetap tabah dan terus berusaha. Si anak kecil ini yang merupakan cucunya pula amat gembira melihat atuknya terutama sekali apabila orang memberi wang bayaran,pasti dia yang mengambil dan menyerahkan kepada atuknya.

Read more...

BERAKHIR DENGAN KEJAYAAN

Monday, December 15, 2008

Pengalaman saya sepanjang 14 tahun mengajar banyak tetapi ada satu yang sukar saya lupa. Sekitar tahun 1998, saya mengajar matapelajaran bahasa melayu tingkatan 2. Salah satu kelas tingkatan dua yang saya ajar ini, merupakan kelas yang agak lemah. Kelas tersebut mempunyai 45 orang pelajar. Salah seorang pelajar dalam kelas tersebut bolehlah di kategorikan sangat lemah,hinggakan menulis nama sendiri pun payah. Saya terpaksa melakukan banyak kerja semata-mata untuk membantu pelajar ini. Semasa mesyuarat guru pun saya cuba ajukan masalahnya tetapi tidak ada penyelesaiannya.
Akhirnya saya mencuba pendekatan dengan mengajarnya sama seperti pelajar yang baru mengenal huruf. Setiap kali masuk kelas tersebut, pelajar ini terpaksa belajar suku kata dan bermacam-macam lagi. Memang saya merasa sangat tertekan dan hampir putus asa tetapi saya teruskan saja. Ada juga dikalangan kawan-kawan yang menyatakan itu bukan tugas saya lagi. Sepatutnya ia sudah diajar di sekolah rendah lagi katanya. Tapi saya jalankan juga aktiviti yang saya buat untuk pelajar tersebut.
Dalam tempoh saya mengajar dan membantu pelajar ini,saya tidak meletakan harapan yang tinggi untuk pelajar ini menerima semua apa yang saya ajar. semasa peperiksaan hujung tahun, hanya sedikit peningkatanya tapi masih gagal.
Selepas pelajar tersebut naik ke tingkatan 3, saya terputus hubungan dan tidak tahu apa yang berlaku lagi. Sekitar tahun 2003, saya menghadir jamuan perpisahan asrama, sedang saya asyik memerhati persembahan mereka, tiba-tiba perhatian saya tertumpu kepada seorang pelajar. Saya seperti tidak percaya yang pelajar yang berdiri depan saya merupakan pelajar yang pernah saya bantu. Dia sudah berjaya ke tingkatan enam. Pelajar tersenyum bila melihat saya. Semasa saya beredar pulang,pelajar itu datang berjumpa dengan saya. Terima kasih cikgu, kalau cikgu tidak bantu saya dulu,mungkin setakat pmr saja. Tapi cikgu telah buat saya sedar akan kelemahan saya katanya.
Saya tidak percaya tapi saya tahu dalam diri setiap orang ada kelebihannya.

Read more...

GURU OH GURU

Thursday, December 11, 2008

Hari ini, saya menghadiri kursus peningkatan matapelajaran kemahiran hidup di pejabat pendidikan daerah Kota marudu. Walau pun masa cuti persekolahan,kami sebagai pendidik terpaksa menghadiri kursus. Segala perancangan terpaksa di tunda atau pun dibatalkan semata-mata untuk menghadiri kursus ini.
Mungkin ramai orang beranggapan yang tugas sebagai guru amatlah mudah berbanding dengan perkerjaan lain. Sekolah cuti,guru pun cuti. Itu anggapan dan tanggapan orang ramai tapi hakikatnya kami,guru-guru sentiasa berkerja. Maksud saya, sentiasa bersedia dipanggil untuk tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.
Kami juga perlu bersedia untuk tahun hadapan,menambahbaik segala kekurangan agar dapat mencapai dan merealisasikan segala perancangan pendidikan. Kami perlu sentiasa menimbah ilmu agar dapat memberikan sesuatu yang berkesan kepada anak didik kami.
Tugas sebagai seorang guru amatlah susah dan tidak semudah yang disangka. Kena berdepan dengan karenah anak didik dan juga karenah ibu bapa pelajar. Kadang-kadang tercabar juga hati tapi hasil daripada pembelajaran semasa di IPG berkaitan dengan psikologi,maka semua itu menjadi pendorong.
Saya masih ingat kata-kata yang saya kira sebagai petua dari seorang pensyarah saya, segala kritikan yang berbentuk negetif terima dalam bentuk positif. Kritikan itu akan menguatkan usaha kamu dalam mendidik anak didik kamu katanya. Saya rasa apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah saya adalah bersedialah menghadapi dunia pendidikan. Dunia yang penuh dengan cabaran.
Saya juga pernah terbaca satu tulisan oleh guru yang telah bersara dalam akhbar, dimana beliau menyatakan bahawa tugas sebagai guru sangat sukar. Guru bukan saja menyampai segala ilmu dalam menjadikan anak didiknya berjaya tapi juga membantu dalam pelaksanaan kelancaran sesuatu sekolah. Beliau menyatakan secara tidak rasmi seorang guru melakukan tugas hampir 200 jenis dalam setahun. Jelas sekali tugas ini amat banyak tetapi guru tidak pernah sedikit pun berganjak dari tugas utamanya untuk mendidik.
Kami sebagai guru tidak sedikit pun merasa puas dalam memastikan anak didik kami berjaya. Biar apa pun tanggapan dan tomahan, kami tetap memastikan setiap anak didik kami berjaya.

Read more...

Wednesday, December 10, 2008

Kali ini saya ingin berkongsi

Read more...

PUISI UNTUK AYAH DAN IBU.

Ayah...
Sungguh besar kasihmu
Setinggi gunung kinabalu
seluas lautan
Kasih mu tidak pernah berubah

Ayah...
tidak pernah gentar,
jauh sekali dari mengeluh.
Berusaha mendidik kami,
memberi kekuatan,
Dikala kami lemah.

Ayah...
Segala usahamu tidak sia-sia.
Segala keringatmu telah berhasil.
Segala kerisauanmu telah terjawab.

Ibu....
Doamu sentiasa mengiringi kami.
Doamu sentiasa memberkati kami
Doamu menjadi kekuatan kami...

Ibu....
Teguranmu menjadikan kami kuat.
Teguranmu menjadikan kami,
Manusia yang berjaya.
Teguranmu menjadikan kami..
sentiasa dalam kekuatan

terima kasih....
Ayah.....
Ibu.......

Read more...

kasih dalam cerita

Cerita ini merupakan salah satu daripada cerita yang selalu di samapikan oleh bapa saya sebelum kami tidur. Biasanya selepas jam 9 malam kami sekeluarga akan masuk tidur dan adik saya selalunya menyuruh bapa saya untuk bercerita.
Cerita ini merupakan salah satu hiburan kami sebelum tidur disebabkan kampung saya pada masa itu belum mempunyai bekalan elektrik. Ada kalanya kami akan berkumpulan di depan pelita sambil orang tua saya bercerita.
Sang kancil ini telah menjadi satu yang sangat kami kagumi kerana kebijaksanaannya. Walaupun berbadan kecil tapi dia mampu mengalahkan haiwan lain yang lebih besar. Orang tua saya perpesan bahawa sesuatu perkara itu boleh di atasi dengan hanya menggunakan kepintaran tanpa menggunakan fizikal yang besar.
Cerita sang kancil ini walau pun berbentuk hiburan semata-mata tapi disebaliknya ia mempunyai nilai moral yang sangat tinggi.

Terima kasih ayah ibu. Tanpa penjagaan dan didikan kamu berdua tidak mungkin kami akan berjaya dalam hidup kami.

Read more...



Hai semua...ini adalah 3 hero saya.Tepi dari kiri anak sulung saya Ellner Avner,tengah anak kedua Ethaniel Aver dan tepi kanan anak bongsu Elver Elmer...

Mereka harta paling berharga saya dunia akhirat. hubungan mereka begitu rapat seperti isi dan kuku.

Elllner Avner berusia 9 tahun, Ethaniel Aver 7 tahun dan Elver Elmer 6 tahun.

My three hero ini adalah gabungan Dusun Kimaragang dan Dusun KB...saya sangat mencintai keluarga saya.menyayangi anak-ank saya.

HIDUP MY THREE HERO!!!!!!!!!!!

Read more...

Salam semua........ini adalah blog keluarga saya.Teratak kasih diberi nama hasil idea isteri tercinta saya Justina Tuyundo.

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP