nuffnang

Pages

Pilihan menteri Yingluck diberi perhatian

Wednesday, July 6, 2011


YINGLUCK (tengah) bersama pemimpin parti yang bakal membentuk kerajaan campuran  dari kiri, Wannarat Charnnukul   dari Parti Chart Pattana Puea Pandin; Ketua Penasihat Parti Chat Thai Pattana, Sanan Kachornprasart  ; Pemimpin Puea Thai, Yongyuth Wichaidit     dan pemimpin Palang Chon, Chao Maneewong.
YINGLUCK (tengah) bersama pemimpin parti yang bakal membentuk kerajaan campuran dari kiri, Wannarat Charnnukul dari Parti Chart Pattana Puea Pandin; Ketua Penasihat Parti Chat Thai Pattana, Sanan Kachornprasart ; Pemimpin Puea Thai, Yongyuth Wichaidit dan pemimpin Palang Chon, Chao Maneewong.
Pemerhati anggap ekonomi cabaran terbesar bakal Perdana Menteri baru Thailand

BANGKOK: Bakal Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menyifatkan masih terlalu awal untuk memutuskan ahli kabinet baru ketika persaingan bagi jawatan bermula manakala pelabur melahirkan kebimbangan mengenai dasar popular beliau bakal mencetuskan inflasi dan kenaikan kadar faedah.
Menteri yang menjadi pilihan Yingluck perlu mengurangkan kebimbangan pelabur mengenai kemungkinan amalan kronisme dan pihak yang bimbang kepulangan abangnya, Thaksin Shinawatra, selepas parti Puea Thai mendapat kemenangan besar pada pilihan raya, Ahad lalu.

“Pada masa ini belum ada rundingan mengenai Kabinet,” kata Yingluck kepada pemberita.

Satu Kabinet dikuasai menteri pro-Thaksin akan melemahkan kedudukan Yingluck yang menggesa persepakatan politik yang dilanda krisis enam tahun lalu.

“Tugas Yingluck terpenting dan mencabar adalah menghapuskan kecurigaan di kalangan ahli politik daripada parti lain,” kata penulis akhbar The Nation, Avudh Panananda.

“Kepemimpinan Yingluck akan diuji apabila beliau memilih Menteri Pertahanan, Dalam Negara, dan Kehakiman.”
Bukan mudah untuk berdamai dalam politik. Thailand masih lagi berpecah antara kem pro dan anti- Thaksin. Oleh itu, konfrontasi dilihat tidak dapat dielakkan pada ketika tertentu.

Papan tanda di satu lebuh raya di Bangkok merujuk kemungkinan Thaksin akan kembali dan kes rasuah beliau dibatalkan.

Poster kerajaan pro-Yingluck pada sebelah jalan lain tertulis: ‘Birokrat elit, berhenti campur tangan, rakyat Thailand sudah membuat pilihan.’

Keputusan pilihan raya terbaru juga dilihat sebagai penolakan campur tangan tentera yang menjadi tradisi Thailand, pengaruh golongan kaya, dan penasihat diraja yang menyokong kerajaan lalu.

Jadi, penerimaan tentera atas keputusan undi terbaru menambahkan kestabilan di negara itu yang dilanda rusuhan sejak askar merampas kuasa untuk menyingkirkan Thaksin pada 2006.

Tetapi, ramai yang percaya bahawa ia mungkin kestabilan jangka pendek, sama ada sekejap atau lama masih lagi tidak dapat ditentukan, terutama jika kerajaan baru memberi pengampunan kepada kesalahan politik dan membenarkan Thaksin kembali ke negara itu sebagai orang yang bebas.

Pakar ekonomi dan beberapa media berkata bahawa isu yang paling menekan Yingluck adalah untuk menguruskan ekonomi negara kedua terbesar Asia Tenggara itu dan tidak terlalu terikat dengan isu penyatuan semula kebangsaan.

Yingluck bercadang melancarkan program popular Thaksin bagi meningkatkan perbelanjaan rakyat dan inflasi, termasuk perluasan sistem kereta api bawah tanah dan kereta api berkelajuan tinggi hingga kenaikan gaji dan membantu meningkatkan kuasa belanja terutama di luar bandar. – Reuters

Sumber: Berita Harian Online

Ulasan: Satu Pilihanraya yang aman di Thailand. Kemenangan Yingluck menobatkan dia wanita pertama menjadi Perdana Menteri Thailand. Apakah perubahan kepimpinan kerajaan Thailand menjadi petunjuk kepada berakhirnya kekacauan politik Thai. Kita sering mendapat berita yang bilamana berlaku ketidakpuasan hati atau ketidakadilan, perhimpunan jalanan akan berlaku. Pasti sukar diramalkan. Apa pun, semuanya terletak pada tangan rakyat Thai sendiri. Samaada mereka suka atau tidak, peluang itu mesti diberi. Apa yang berlaku di Thai boleh menjadi rujukan kepada kita di negara ini. Sesuatu perubahan dapat dicapai memlalui cara yang betul. Bila kita mampu meyakinkan orang lain.

Read more...

Rokok 'makanan' rakyat miskin

JAKARTA: Ketika kerajaan Indonesia bertungkus-lumus menangani masalah kemiskinan dan kesihatan yang semakin meruncing di negara itu, satu kajian terbaru mendapati perbelanjaan membeli rokok adalah yang kedua tertinggi di kalangan penduduk negara itu selepas beras.

Ketua Agensi Statistik Pusat (BPS), Rusman Heriawan, berkata kajian dijalankan pihaknya mendapati, penduduk miskin bandar menghabiskan 25.44 peratus pendapatan mereka membeli beras manakala penduduk miskin luar bandar membelanjakan 32.81 peratus. Manakala penduduk bandar menghabiskan 7.7 peratus wang membeli rokok, warga luar bandar pula membelanjakan 6.3 peratus.
“Penemuan kajian ini mengecewakan. Perbelanjaan membeli rokok dan tembakau kedua tertinggi. Rokok bukan makanan berkhasiat,” kata Rusman.
Beliau berkata, lebih menyedihkan sebilangan keluarga lebih mengutamakan membeli tembakau berbanding menghantar anak ke sekolah.

“Ia satu-satunya cara mereka bergembira dan melupakan tekanan hidup. Penduduk miskin mempunyai banyak masa terluang, mereka bersembang untuk menghabiskan masa dan merokok sebahagian daripada tabiat diamalkan,” kata dekan jabatan Sosial dan Sains Politik Universiti Indonesia, Bambang Shergy Laksmono.

Beliau berkata, perbuatan itu juga cara melarikan diri daripada kenyataan namun menjadikan mereka bertambah miskin.

Pakar sosiologi dari Institut Sains Indonesia, Henny Warsilah menyalahkan kerajaan berikutan fenomena yang berlaku.

“Penduduk diberi laluan menghisap rokok dengan lambakan iklan rokok yang disiarkan secara besar-besaran melalui media massa tetapi tiada iklan larangan merokok yang berkesan. Kanak-kanak mula merokok sejak di tadika, sesuatu yang tidak kita lihat di negara lain,” katanya. – Agensi

sumber: Berita Harian Online
Ulasan: Pasti kita tidak mahu keadaan situasi seperti ini berlaku di negara kita. Dari sudut ekonomi, pendapatan negara bertambah melalui cukai tetapi ia terpaksa mengorbankan sejumlah besar rakyatnya. Walaupun mungkin terdapat usaha untuk menyedarkan rakyat tentang akibat merokok namun perkara itu tidak diendahkan. Rakyat atau perokok merasakan dengan merokok,mereka dapat melegakan kekecewaan akibat kemiskinan. Kita berharap agar rakyat Malaysia dapat mendapat iktibar daripada apa yang dialami oleh negara jiran.

Read more...

MATA MELIHAT HATI BERTANYA

Monday, July 4, 2011

Sesuatu yang kita lihat sering memancing jawapan yang x pasti dalam minda kita. Kadang kala ia memerlukan penelitian yang sangat kuat untuk menilai dan menangkap maksud sesuatu itu. Kadang kala kita cuba mendabik dada dengan mengatakan kitalah yang terbaik tapi pastikah kita yang ada lagi yang lebih baik?. Ungkapan pujian selalunya akan cepat mengaburi kita. Kita dengan mudah melambung tinggi hinggakan ketinggian itu tidak terjangkau oleh tangan kita. Begitu tinggi sekali keegoan kita.

Bila mana kita cuba menyatakan sesuatu, kita mesti melihat mereka yang telah membantu kita. Yang telah menyokong kita hingga kita memperolehi sesuatu yang baik. Kita didasari oleh kekuatan sokongan yang teguh. Sokongan yang menjadikan kita kukuh. Kewujudan mereka tidak boleh dinafikan. Kewujudan mereka harus diakui.

Kita boleh saja mengatakan yang gunung itu boleh saya pindahkan tapi betulkah kita berani mengatakannya?. Kita boleh menggunakan segala kekuatan kita tapi betulkah tindakan kita itu?. Pasti terlalu banyak persoalan yang terus menjadi persoalan. Jawapan itu sebenarnya menjadi persoalan. kenapa berlaku seprti itu?. Mungkin kerana kita terlalu cepat mencari jawapannya.

Sebab itu, bila mata mula melihat maka hati pun mula bertanya. Bila hati mula bertanya, muncullah bermacam-macam jawapan yang akan menjadikan kita lebih keliru. Seterusnya menutupi jawapan yang tepat. Maka itu, biarlah mata itu terus melihat agar hati itu tidak terus bertanya tapi akan menilainya....

Read more...

JANGAN TERPEDAYA

Friday, July 1, 2011

Kenapa perlu menghuru harakan keadaan?. Kenapa perlu menidak peraturan?. Kenapa perlu melaungkan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan tapi dalam masa yang sama, tidak menunjukkan kejujuran dalam perjuangan. Malaysia merupakan negara yang berdaulat, berperlembagaan dan juga berperaturan. Mahukah kita kalau negara kita menjadi seperti negara jiran kita yang sering bergolak. Keamanan amat sukar dicapai. Anak bangsa terbiar, merantau jauh semata-mata untuk mendapatkan sesuap nasi. Jangan pertaruhkan keamanan negara kita demi untuk sesuatu yang tidak pasti.

Tidak salah menyuarakan ketidakpuasan hati tetapi biarlah melalui proses yang sah. Kalau benar perjuangan itu ikhlas pasti akan berjaya dalam pemilihan. Ini tidak, setiap apa yang dipersoalkan lebih kepada ketidakpuasan hati. Semua harus belajar menerima kekalahan. Jangan hanya kerana kita teruja dengan sokongan palsu maka kita menganggap kita kuat. Sebelum menyalahkan sesiapa, lihat diri dulu,teliti dulu segala aspek. Cari masalah. cari punca.

Tidak ada untungnya melawan peraturan. Undang-undang wajar dipatuhi. Kalau sudah tidak dibenarkan,jangan. Nanti kelak kita menyesal. Kita harus bersyukur selagi kita boleh hidup dengan aman, menjalani kehidupan tanpa ketakutan. Sayangi negara kita yang aman ini.

Jangan terperdaya dengan mereka-mereka yang cuba bercakap tentang keadilan,ketelusan dan kepatuhan peraturan. Bila jelas tindakannya juga melanggar undang-undang.

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP