nuffnang

Pages

BICARA HATI

Thursday, July 30, 2009

Bukan mudah untuk melupakan sesuatu, makin di lupakan makin ia bertambah kuat. percubaan untuk memaafkannya namun tidak berjaya. Rasanya peristiwa hitam itu akan kekal dalam memori.. Ya kadang terfikir untuk bertindak sesuatu yang diluar batas kemanusiaan tapi masih ada sekelumit rasa kasih dalam hati. Cuma hati itu tertanya2 sampai bilakah keadaan ini akan bertahan. Hati ini hanya mampu untuk mengungkapkan kata sabar saja tapi sampai bila sabar itu bertahan. Bila melihat permainan itu terus berlaku maka hati ini fikir pasti akan sampai waktunya bila letusan amarah itu akan berlaku....ya..untuk masa sekarang...lebih baik diam tanpa sebutir kata....biarkan saja hidup ini kekal demi untuk mereka yang disayangi dan yang menyayangi....

Read more...

BILA BICARA MENJADI SINDIRAN

Salam...agak lama baru dapat mengupdate blog...ya..terlalu banyak yang perlu diberi perhatian dan juga bebanan dengan tugasan seharian..apapun keinginan untuk membuat catatan dalam blog ini sentiasa ada. Mmmm....dalam masa beberapa minggu ini, banyak aktiviti yang Tompinai sertai dan dalam masa yang sama melihat pelbagai ragam manusia.

Sesungguhnya sukar untuk kita menilai seseorang itu kalau hanya melihat pada luarnya...inilah yang selalu orang lakukan. Suka menilai daripada luaran sahaja, mungkin kerana mereka ini adalah jenis manusia yang malas berfikir...akibatnya parah...

Bila bicara menjadi sindiran....ya...bila kata-kata itu sering menimbulkan kata sindiran yang agak negetif...Bila bicara itu menjadi sindiran, sindiran yang cuba memprovokasi sesuatu...namun ianya hanyalah satu...menghancurkan.

Orang yang suka bertindak seperti ini adalah manusia yang tidak cukup akalnya...kerana manusia ini tidak mampu menerima keberhasilan orang lain...manusia ini ingat hanya dia saja yang boleh buat dan hanya dia sahaja manusia yang sempurna.....

kalaulah sindiran itu digunakan kearah yang membina maka amat bertuahlah orang yang menyindir kerana ia bersifat memberi. Beruntunglah orang yang memberi daripada yang menerima...kata lain...lebih banyak pahala orang yang memberi dengan ikhlas dari pada yang menerima....

Read more...

KERANA TERLALU CERDIK

Saturday, July 11, 2009

AKHIRNYA DIBUNUH

ANAXAGORAS: lahir sekitar 500 sebelum Masihi (SM) di Clazomenae, Asia Minor. Tokoh astronomi dan matematik Greek ini dihadapkan ke pengadilan kerana mengatakan matahari adalah seketul batu merah yang panas manakala bulan pula dibuat daripada bahan yang sama yang ada di bumi.

Golongan agama pada zaman itu makin marah apabila Anaxagoras mengatakan gerhana dan pelangi adalah logam yang panas menyala-nyala manakala syurga itu terhasil daripada ketulan batu yang tercampak dari bumi ketika ia sedang berputar ligat.

Teori-teori barunya mengenai alam maya ini tidak dapat diterima oleh golongan agama, lalu mereka menekan Anaxagoras supaya menarik balik idea-idea ini. Orang-orang yang rapat dengan ahli astronomi itu diserang bagi tujuan melemahkan semangat Anaxagoras.

Akhirnya, Anaxagoras ditangkap, kemudian dihalau keluar dari Athens. Beliau mati pada 428 SM di Lampsacus.

PROTAGORAS ( 490-420 SM ):
Ahli falsafah Greek ini mengemukakan pelbagai idea baru, paling terkenal ialah teori reletifnya. Antara lain beliau mengatakan manusia adalah ukuran kepada segala-galanya. Kalau benar, benarlah segala-galanya. Kalau salah, salahlah segala-galanya. Pandangan subjektif itu masih boleh diterima masyarakat, tapi apabila beliau mengatakan manusia itu tidak mampu menjelaskan sama ada Tuhan itu wujud atau tidak, golongan agama terus naik angin.

Protagoras lalu ditangkap dan dibicara di Athens atas dakwaan sesat lagi menyesatkan. Tidak cukup dengan itu, bukunya dibakar di depan awam. Cendekiawan tersebut mati apabila kapalnya karam ketika melarikan diri dari Athens.

GALILEO ( 1564 - 1642 )
Beliau dianggap bapa sains moden dan memajukan bidang astronomi sebagai salah satu bidang utama dalam dunia sains. Galileo adalah manusia pertama yang mengkaji teori-teori sains menggunakan kaedah saintifik dan paling klasik, menemukan planet menggunakan teleskop.

Galileo mendapati ada empat butir bulan mengelilingi jupiter dan ini mengukuhkan lagi idea Copernicus tentang alam semesta - matahari adalah pusat cakrawala, bukan bumi. Juga bulan mengelilingi bumi manakala bumi mengelilingi matahari bersama planet-planet lain.

Pihak gereja melenting lagi kerana ia mencabar pegangan mereka bahawa bumilah pusat alam semesta. Akibatnya, Galileo ditangkap lalu dipaksa menandatangani satu dokumen menarik balik idea tersebut. Dia dibawa ke sebuah bilik gelap lalu ditunjukkan alat-alat menakutkan yang digunakan untuk menyeksa tahanan.

"Engkau boleh bayangkan apa yang akan berlaku kalau engkau tak mau tandatangani dokumen ini" kata seorang pegawai agama.

Galileo ketika itu berusia 70 tahun, mendiamkan diri. Dia masih teguh dengan ideanya tapi demi nyawa, terpaksa juga menandatangani dokumen tersebut. Saintis itu kemudian ditahan dalam rumah selama beberapa tahun sehingga meninggal dunia. Bukan itu saja, hajat Galileo untuk dikebumikan di perkuburan keluarganya di Basilica Santa Croce dinafikan oleh gereja.

Hanya pada 1737 barulah keranda yang menyimpan mayatnya dibongkar dari perkuburan di Florence lalu dikebumikan dalam gereja. Pada 31 Oktober 1992, 350 tahun selepas kematiannya, Pope John Paul II membuat kenyataan umum meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan oleh golongan agama terhadap Galileo.

"Kes Galileo sudah berakhir," kata Pope John Paul II tanpa mengaku bahawa adalah salah menghukum Galileo sebagai sesat hanya kerana mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari. ( sumber: Mastika )

Read more...

BICARA HATI: BICARA PAK TUA

Thursday, July 9, 2009


BICARA PAK TUA

Kata Pak Tua
Hidup ini macam roda
kejap atas
kejap bawah
Tidak menentu
kadang gembira
kadang sedih
Hidup umpama embun pagi
kala matahari muncul
ia akan lenyap
Hidup ini umpama matahari
kadang dipuja
kadang dicaci

Kata Pak Tua
hiduplah seakan kamu akan hidup seratus tahun lagi
beribadahlah seakan esok dunia akan kiamat

Kata Pak Tua
Bukan semuanya akan menjadi milik kita
bersyukurlah kerana pernah memilikinya
Hidup necaya hidup kamu akan bahagia
bila saja kamu memberi kebahagian kepada orang lain

Kata Pak Tua
Jangan biarkan hati kamu buta
jangan biarkan hati kamu keras
ingatlah
Kamu beruntung kerana pernah menyintainya
Kamu beruntung kerana pernah merasa manis dan pahitnya
dan
berbahagialah untuk kamu yang membahagiakan
berbahagialah kamu yang mengerti
apa erti hidup sebenarnya.

Read more...

BICARA HATI: MATA HATI

Tuesday, July 7, 2009

(sekadar gambar hiasan)

MATA HATI

Dunia ku yang berserabut
penuh dengan persoalan
namun
Ku gagahi untuk berdiri
Ku gagahi untuk bernafas
Soalnya kenapa?
Kenapa harus aku mengalaminya?
Kenapa mesti aku yang merasakannya?
Sampai bila?
Sampai bila aku harus menanggungnya?
Sampai bila aku mesti menerimanya?
Aku tidak pasti
dan
Aku tidak tahu
juga
Aku langsung tidak punya jawapan.
Apa lagi yang akan aku hadapi?
Apa lagi jenis permainan mu?
Apa lagi yang kamu mahu
Apakah kamu tidak puas?
Apakah kamu tidak memahaminya?
Mata melihat apa yang berlaku
Mata hati menilai apa yang di lihat.
dalamnya lain
Luarnya lain
yang pasti
Hitam dan putih
pasti
tidak
akan
serasi
SELAMA-LAMANYA
yang tinggal
Hanya
BICARA TANPA SUARA

Read more...

BICARA HATI: KAMU DAN KAMU.

Monday, July 6, 2009


(sekadar gambar hiasan)



Adakah kamu setanding dengan saya
Adakah kamu mempunya kekuatan seperti saya
Kamu dan kamu
Jangan suka membandingkan orang
Hak menghakimi
tidak ada pada kita.
Kamu dan kamu,
Saya tidak buta,
Saya tidak pekak
dan
Saya bukannya bodoh.
kamu dan kamu,
persetan dengan janjimu,
celaka dengan sikapmu
pergilah dengan kepura-puraanmu
Kamu dan kamu,
jangan terlalu mendabik dada
jangan terlalu tinggi hati
dan
jangan dikuasai oleh egomu
kelak
nanti kamu
akan tersungkur
tidak bangun lagi.
lalu kamu berkata mana sudah kekuatanku
mana sudah kelebihanku
kenapa hilang
kenapa ini berlaku
lalu
kamu tersungkur
tersungkur selamanya.

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP